Wanita warga emas rentung

Keadaan rumah yang terbakar dalam kejadian di Jalan Lama Wakaf Bharu, Tumpat awal pagi tadi hingga mengorbankan seorang warga emas.
Keadaan rumah yang terbakar dalam kejadian di Jalan Lama Wakaf Bharu, Tumpat awal pagi tadi hingga mengorbankan seorang warga emas.
A
A
A

TUMPAT - Seorang warga emas ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Lama Wakaf Bharu di sini awal pagi tadi.

Jiran mangsa, Zakaria Yusof, 58, berkata, kejadian disedari jam 4.20 pagi ketika dia tersedar daripada tidur.

Katanya, ketika itu dia nampak api sedang marak di rumah jirannya dan segera mengejutkan ahli keluarga manakala anaknya terus menelefon bomba.

"Sebelum itu saya terdengar bunyi letupan kuat seperti mercun dan teriakan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Zakaria Yusof
Zakaria Yusof

Sementara itu, Ketua Zon Kota Bharu, Penguasa Kanan Bomba II, Syobirin Abd Kadir berkata, mayat mangsa, Zainab Abdul Rahman, 76, ditemui di bahagian dapur rumah pada jam 5.50 pagi.

“Bomba menerima panggilan jam 4.27 pagi dan tiba pada jam 4.43 pagi.

“Seramai 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Tumpat, Wakaf Bharu dan Kota Bharu bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran,” katanya.

Artikel Berkaitan: