Lebih 140 anggota bomba padam kebakaran

Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadam kebakaran sebuah kilang papan di Gopeng malam tadi.
Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadam kebakaran sebuah kilang papan di Gopeng malam tadi.
A
A
A

GOPENG - Seramai 147 pegawai dan anggota bomba dikerah untuk memadam kebakaran melibatkan sebuah kilang kayu di sini malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.04 malam.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, operasi itu melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, Simpang Pulai, Kampar, Pasir Puteh, Tapah dan Ipoh.

“Operasi ini turut dibantu 74 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Bharu, Pasir Ponji, Menglembu, Langkap, Bercham, Teluk Intan, Ayer Tawar dan Juru dari Pulau Pinang.

“Kebakaran itu hanya melibatkan sebuah stor berkeluasa 2,000 meter persegi dan api berjaya dikawal dalam tempoh 30 minit,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam tadi.

Menurutnya, bomba juga berjaya menyelamatkan tujuh stor lain daripada terus terbakar.

“Api merebak dengan cepat namun, jarak setiap stor sejauh 2 meter menjadi ‘fire break’ yang menyekat pergerakan api.

“Operasi pemadaman diteruskan dengan kaedah mengepung dan menggunakan aliran air bertekanan tinggi,” katanya.

Artikel Berkaitan: