Covid-19 tewaskan pemimpin populis

Bolsonaro (berdiri di kiri) menyertai protes menentang arahan duduk di rumah yang dikeluarkan gabenor negeri di Brazil.
Bolsonaro (berdiri di kiri) menyertai protes menentang arahan duduk di rumah yang dikeluarkan gabenor negeri di Brazil.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] MALAYSIA mencatatkan tiga kali ganda kes positif koronavirus (Covid-19) berbanding negara Asean lain pada bulan Mac lalu, namun hasil kepatuhan rakyat menjalani normal baharu yang digariskan pihak berkuasa, serta kerja keras frontliners, Malaysia kini berada di landasan yang betul dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Bagaimanapun, tidak semua negara mampu melakar cerita kejayaan seperti Malaysia dalam memerangi pandemik itu yang telah melepasi angka enam juta kes jangkitan di seluruh dunia.

Jika diperhatikan, terdapat beberapa kerajaan dunia yang diterajui pemimpin populis gagal menangani krisis kesihatan tersebut dengan baik berikutan sikap tidak acuh para pemimpinnya.

Pemimpin populis merupakan pemimpin dominan yang menyifatkan diri sebagai figura yang mewakili suara rakyat dan populisme sering dikaitkan dengan ideologi seperti nasionalisme, liberalisme atau sosialisme.

Golongan terbabit dikatakan cenderung bersikap sangsi terhadap pendapat pakar, mengabaikan nasihat saintis dan lebih menyukai ‘fakta alternatif’ yang bersesuaian dengan pendapat mereka.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merupakan contoh terbaik menggambarkan pemimpin populis. Buktinya, AS merekodkan jumlah kes positif Covid-19 tertinggi di dunia selain mencatatkan jumlah kematian tertinggi berbanding negara-negara lain dek kerana presiden itu yang tidak mempedulikan amaran awal berhubung virus Covid-19.

Trump
Trump

Selain enggan memakai topeng muka, Presiden AS ke-45 itu turut menyarankan rawatan suntikan pembasmi kuman dan kini tidak sabar-sabar untuk membuka kembali ekonomi meskipun bilangan kes positif Covid-19 terus meningkat.

Artikel Berkaitan:

Belarus pula merekodkan antara kadar jangkitan tertinggi di Eropah Timur berikutan presidennya, Alexander Lukashenko enggan mengarahkan perintah 'lockdown'.

Lukashenko dilaporkan membenarkan perlawanan bola sepak dan upacara keagamaan di gereja berlangsung, malah dikatakan mengadakan perarakan tentera bagi memperingati kejatuhan Nazi kerana tidak mahu negaranya yang mengesahkan 112 kematian akibat Covid-19 dianggap sebagai pengecut.

Namun, tiada pemimpin populis mahupun kebangsaan yang telah gagal teruk seperti Presiden Brazil, Jair Bolsonaro.

Meskipun Brazil kini merekodkan jumlah kes jangkitan Covid-19 kedua tertinggi di dunia selepas AS dan jumlah kes kematian keempat tertinggi di dunia, Bolsonaro masih terus memperlekehkan bahaya pandemik itu.

Bolsonaro yang menyangkal ancaman virus Covid-19 dan menganggapnya hanya sekadar demam selesema biasa turut memecat Menteri Kesihatan, Luiz Henrique Mandetta pada bulan lalu kerana tidak sependapat dengan beliau. Sementara itu, Menteri Kesihatan kedua, Nelson Teich meletak jawatan kurang sebulan lalu.

Hasilnya, Brazil kini menjadi hotspot bagi virus Covid-19, dan rakyat yang tidak berpuas hati bertindak mengadakan perhimpunan bagi menyatakan bantahan terhadap kepincangan Bolsonaro menangani pandemik terbabit.

Alexander Lukashenko hadir ke perlawanan hoki ais pada bulan lalu.
Alexander Lukashenko hadir ke perlawanan hoki ais pada bulan lalu.