X

Kindly register in order to view this article
!

KAFA lipat ganda usaha kumpul dana langsai hutang lapuk

Afandi (dua, kiri) menyerahkan permohonan bantuan kewangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat selepas mengadakan perbincangan mengenai situasi KAFA terkini di Kota Bharu semalam.
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus kerja keras dan melipatgandakan usaha mengumpulkan dana dalam usaha melupuskan hutang lapuk yang membelenggu badan induk bola sepak negeri itu pada ketika ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid, bagi merealisasikan hasrat itu pelbagai usaha aktif dilakukan KAFA termasuk mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan tertinggi kerajaan Kelantan.

“Alhamdulillah, hari ini barisan kepimpinan KAFA yang diketuai oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Afandi Hamzah mengadakan kunjungan hormat ke atas pucuk pimpinan bagi memohon bantuan dari segi kewangan dalam usaha meredakan sedikit tekanan dalam menyelesaikan isu hutang.

“Selain aspek kewangan, pertemuan itu juga turut membincangkan soal bantuan-bantuan lain yang boleh dihulurkan oleh kerajaan negeri kepada KAFA,” katanya semalam.

Sementara itu, Ahmad Muzakkir berkata, setakat ini KAFA berjaya mengumpul kutipan derma berjumlah RM15,000 hasil sumbangan penyokong dan orang ramai secara dalam talian.

Katanya, beliau mewakili seluruh pucuk pimpinan KAFA berterima kasih kepada pemain ke-12 Team Red Warriors (TRW) yang membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi persatuan berkenaan.

Kepada mereka yang ingin menderma ke Tabung Selamatkan Bola Sepak Kelantan boleh menyalurkan sumbangan ke nombor akaun Maybank - 5530 1063 0676.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus