‘Keadilan buat George Floyd’

Tulisan ‘Keadilan buat George Floyd’ tertera pada jersi Sancho aksi ketika menentang Paderborn dalam saingan Bundesliga di Benteler Arena awal pagi semalam.
Tulisan ‘Keadilan buat George Floyd’ tertera pada jersi Sancho aksi ketika menentang Paderborn dalam saingan Bundesliga di Benteler Arena awal pagi semalam.
A
A
A

PEMAIN sayap England, Jadon Sancho meledak hatrik ketika membantu Borussia Dortmund membenam Padeborn 6-1 dalam aksi Bundesliga.

Di sebalik kejayaan Sancho merekodkan hatrik sulung itu, mesej ‘Keadilan buat George Floyd’ menerusi tulisan pada jersinya lebih mencuri tumpuan seluruh peminat dan penyokong bola sepak di seluruh dunia.

Sancho yang sudah menjaringkan 17 gol dan 17 bantuan gol dalam Bundesliga musim ini menyampaikan mesej tersebut sebagai tanda protes liga utama Jerman itu terhadap kematian seorang lelaki kulit hitam George Floyd di Amerika Syarikat minggu lalu.

“Ia satu persembahan cukup bertenaga daripada keseluruhan pemain Dortmund dan saya cukup gembira dapat mencetak hatrik pertama dalam karier saya. Begitupun, di luar sana masih berlaku insiden yang memerlukan kita sebagai komuniti bola sepak umumnya dunia mengatasinya segera.

‘Keadilan buat George Floyd’ tertera pada jersi Sancho.
‘Keadilan buat George Floyd’ tertera pada jersi Sancho.

“Perubahan harus dilakukan supaya perkara sebegini tidak lagi berlaku pada masa depan. Kita tidak perlu takut bercakap demi kebenaran. Kita harus bersatu dan memperjuangkan keadilan. Kami lebih kuat bersama! #JusticeForGeorgeFloyd,” kata Sancho yang kini diintai Manchester United.

Pemain antarabangsa Maghribi, Achraf Hakimi turut mencuri tumpuan apabila mengibarkan jersinya untuk memberikan mesej sama ketika rakan sepasukannya itu meledak gol keempat Dortmund.

Bayern Munich kini berada di landasan terbaik untuk meraih gelaran liga kelapan berturut-turut tatkala saingan Bundesliga berbaki enam perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Namun, kemenangan Dortmund ke atas Padeborn menyaksikan skuad Die Borussen itu terus mengekori rapat di belakang pendahulu, Bayern yang memiliki kelebihan tujuh mata.