Trump sembunyi dalam bunker

Kumpulan penunjuk perasaan membakar pelbagai objek ketika mengadakan protes lewat kelmarin tanpa menghiraukan perintah berkurung yang dikuatkuasakan di Washington DC, Amerika Syarikat. - Foto Agensi
Kumpulan penunjuk perasaan membakar pelbagai objek ketika mengadakan protes lewat kelmarin tanpa menghiraukan perintah berkurung yang dikuatkuasakan di Washington DC, Amerika Syarikat. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa ‘bersembunyi’ di kubu pertahanan bawah tanah ketika Rumah Putih menjadi sasaran penunjuk perasaan yang membantah tindakan kekerasan polis hingga menyebabkan kematian penduduk kulit hitam, George Floyd di Minneapolis pada 25 Mei lalu.

Perkara itu didedahkan menerusi beberapa laporan media tempatan selepas insiden pertempuran antara penunjuk perasaan dan ejen Perkhidmatan Rahsia AS pada Jumaat lalu.

Ketika kejadian tersebut, Wanita Pertama, Melania dan anak lelaki mereka, Barron juga dibawa ke bunker terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Demonstrasi tanda solidariti merebak ke Jerman, NZ dan UK

Rusuhan di AS, perintah berkurung dikuat kuasa di Washington

Anggota polis Minneapolis didakwa membunuh George Floyd

Isteri pembunuh George Floyd fail perceraian

Kematian George Floyd: Rumah Putih dikawal ketat

Bantah kematian George Floyd, darurat diisytihar di Minnesota

Artikel Berkaitan:

The New York Times dan CNN memetik kenyataan pegawai Rumah Putih melaporkan bilionair hartanah terbabit berada di bunker tersebut selama kira-kira sejam.

Menurut satu sumber, Trump bersama keluarganya akan dipindahkan ke Pusat Operasi Kecemasan jika keadaan di Rumah Putih diisytiharkan kod merah.

Tindakan penunjuk perasaan yang berkumpul di Lafayette Square Park dan merobohkan sekatan pihak berkuasa di luar kediaman rasmi Presiden AS itu turut menyebabkan Rumah Putih dikawal ketat.

Lewat semalam, kekecohan sekali lagi tercetus di Rumah Putih ketika puluhan bandar raya utama di AS melaksanakan perintah berkurung untuk meredakan protes ganas antirasisme di seluruh negara yang masuk hari keenam.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata selepas lebih 1,000 penunjuk perasaan bertindak ganas ketika mengadakan protes di luar kediaman rasmi presiden tersebut.

“Situasi di luar Rumah Putih seperti zon perang,” kata perunding dan ahli strategi Parti Demokrat, Adam Parkhomenko di Twitter merujuk kepada video yang memaparkan insiden kumpulan protes membakar pelbagai objek di kawasan sekitar Rumah Putih.

Arahan perintah berkurung bermula jam 11 malam hingga 6 pagi (waktu tempatan) yang dikeluarkan Datuk Bandar, Muriel Bowser didakwa gagal untuk mengawal demonstrasi ganas itu.

Sejak tiga hari lalu, siri pertempuran dilaporkan berlaku di sebuah taman berhampiran Rumah Putih hingga memaksa pihak berkuasa menggunakan gas pemedih mata, semburan lada dan bom tangan jenis 'flash bang' untuk menyuraikan kumpulan protes itu yang sengaja mencetuskan kebakaran dan merosakkan harta benda.

Ketika ini, kira-kira 40 bandar raya di 23 negeri AS melaksanakan perintah berkurung yang merupakan pertama kali dikuatkuasakan sejak insiden pembunuhan aktivis hak sivil, Martin Luther King Jr pada 1968. - Agensi