X

Kindly register in order to view this article
!

Facebook DAP Perak padam hantaran karikatur menghina

Semakan mendapati hantaran tersebut tidak lagi tertera di laman Facebook tersebut dipercayai telah dipadam susulan kenyataan yang dibuat Pas Perak.
A
A

IPOH - Hantaran kontroversi dan karikatur mirip pemimpin Pas yang dimuat naik menerusi Facebook DAP Perak sudah dipadam.

Semakan Sinar Harian mendapati hantaran yang dimuat naik semalam tidak lagi dapat dilihat di laman Facebook tersebut sejak malam ini.

Tindakan tersebut dipercayai susulan kenyataan media dibuat Ketua Penerangan Pas Perak, Hafez Sabri hari ini yang mendesak permohonan maaf kerana mendakwa ia menghina pemimpin Pas dan syiar Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas gesa DAP Perak mohon maaf siar karikatur menghina

Sehingga petang tadi, hantaran beserta karikatur tersebut mendapat lebih 1,300 komen, lebih 600 reaksi dan lebih 200 perkongsian sebelum ia dipadamkan hari ini.

Dalam pada itu, Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada DAP Perak berhubung perkara tersebut.

Pas Perak hari ini menggesa DAP negeri mengemukakan permohonan maaf berikutan hantaran Facebook berserta karikatur yang menghina Islam dan pemimpin parti itu secara keterlaluan.

Lakaran karikatur mirip Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu didakwa mencetuskan api kemarahan dalam kalangan masyarakat.

Difahamkan 15 kawasan Pas di Perak sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus