Trak cuba rempuh penunjuk perasaan

Beberapa penunjuk perasaan cuba melarikan diri selepas lori dipandu Vechirko (gambar kecil) menuju ke arah mereka ketika kumpulan terbabit berarak di lebuh raya Minneapolis semalam. - Foto Agensi
Beberapa penunjuk perasaan cuba melarikan diri selepas lori dipandu Vechirko (gambar kecil) menuju ke arah mereka ketika kumpulan terbabit berarak di lebuh raya Minneapolis semalam. - Foto Agensi
A
A
A

MINNEAPOLIS - Sebuah lori tangki didakwa cuba merempuh ribuan penunjuk perasaan yang berarak di lebuh raya raya Minneapolis semalam.

Media tempatan melaporkan beberapa peserta protes bertindak mengheret keluar pemandu terbabit dan memukulnya sebelum polis tiba di lokasi kejadian.

Jabatan Keselamatan Awam Minnesota (MNDPS) memaklumkan, pemandu trak tersebut yang dikenali sebagai Bogdan Vechirko, 35, telah dibawa ke hospital akibat cedera dipukul dan mendakwa tindakan pemandu trak terbabit ketika insiden di laluan I-35W itu telah mencetuskan kemarahan penunjuk perasaan yang berarak secara aman.

MNDPS mengesahkan mereka telah melancarkan siasatan ke atas perkara berkenaan.

“Insiden itu memburukkan lagi situasi di bandar ini,” kata Gabenor Minnesota, Tim Walz.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis Minneapolis didakwa membunuh George Floyd

Isteri pembunuh George Floyd fail perceraian

Kematian George Floyd: Rumah Putih dikawal ketat

Bantah kematian George Floyd, darurat diisytihar di Minnesota

Artikel Berkaitan:

Rakaman video memaparkan trak tersebut yang dipercayai milik sebuah syarikat pengangkutan Kenan Advantage Group berpusat di Ohio dipandu perlahan menuju kepada kumpulan protes terbabit hingga menyebabkan sebahagian daripada mereka lari bertempiaran ke tepi jalan sebelum kenderaan itu berhenti.

Sementara itu, firma terbabit dalam satu kenyataan menyatakan mereka akan memberikan kerjasama kepada siasatan tersebut.

Sabtu lalu, sebuah klip menunjukkan kereta peronda Jabatan Polis New York (NYPD) merempuh penunjuk perasaan yang membaling pelbagai objek ke arah mereka dan siasatan juga telah dilancarkan ke atas insiden itu. - Agensi