Lumayan! RM750 untuk seorang PATI diseludup masuk ke negara ini

PATI yang ditahan dalam beberapa siri serbuan di kawasan Felda di Kota Tinggi dan Pontian, Johor menerusi operasi dari 19 Mei hingga semalam melibatkan polis dan ATM Johor.
PATI yang ditahan dalam beberapa siri serbuan di kawasan Felda di Kota Tinggi dan Pontian, Johor menerusi operasi dari 19 Mei hingga semalam melibatkan polis dan ATM Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pendapatan lumayan RM750 untuk setiap seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dibawa masuk ke negara ini menjadikan seorang tekong dari Lombok, Indonesia, tidak gentar melakukan jenayah antarabangsa rentas sempadan itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kegiatan penyeludupan migran yang dilakukan lelaki tersebut sejak 2018 itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila ditahan dalam satu operasi di Gugusan Felda Adela, Kota Tinggi pada 26 Mei lalu.

Menutnya, tekong berusia 47 itu ditahan bersama-sama dua lagi tekong iaitu seorang lelaki tempatan dan dua lelaki Indonesia.

"Dianggarkan tekong tersebut sudah menyeludup kira-kira 250 migran pada setiap bulan.

"Ketiga-tiga tekong lelaki berkenaan berusia antara 30 hingga 52 tahun. Turut ditangkap tujuh PATI Indonesia terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 38 tahun," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Antara tekong yang ditahan dalam beberapa siri serbuan PATI di kawasan Felda di Kota Tinggi dan Pontian, Johor menerusi operasi dari 19 Mei hingga semalam melibatkan polis dan ATM Johor.
Antara tekong yang ditahan dalam beberapa siri serbuan PATI di kawasan Felda di Kota Tinggi dan Pontian, Johor menerusi operasi dari 19 Mei hingga semalam melibatkan polis dan ATM Johor.

Katanya, operasi penahanan tekong itu adalah hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor dan 7 Briged Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Johor susulan operasi pertama sehari sebelum itu di kawasan ladang Sungai Tengah dan ladang tembikai Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Menerusi operasi pertama itu katanya, mereka menahan 17 PATI iaitu lelaki warga Indonesia berusia antara 22 hingga 41 tahun dan kesemua mereka diserahkan kepada JSJ Johor untuk tindakan susulan dan hasil soal siasat.

Artikel Berkaitan:

Sementara operasi ketiga pada 27 Mei, beliau berkata, serbuan dilakukan di Felda Air Papan Timur, Kota Tinggi dan menahan lapan tekong warganegara Indonesia berusia antara 21 hingga 47 tahun.

Menurutnya, turut ditangkap tujuh PATI Indonesia terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara lima hingga 31 tahun.

Kemudian semalam pula katanya, JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian melakukan serbuan di Kampung Sungai Buntu Penerok, Pontian dan berjaya menangkap dua tekong tempatan berusia 56 hingga 64 tahun.

Ayob Khan berkata, hasil semua serbuan itu dari 19 Mei hingga semalam, pihak polis menahan 13 tekong dan 31 PATI serta merampas sebuah kereta Proton Saga, 30 telefon bimbit, wang tunai RM990 dan wang tunai 755,000 Rupiah.

"Kesemua tangkapan akan disiasat di bawah Seksyen 26A dan 26H Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 serta Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Sebuah kereta Proton Saga dirampas dalam beberapa siri serbuan PATI di kawasan Felda di Kota Tinggi dan Pontian, Johor menerusi operasi dari 19 Mei hingga semalam melibatkan polis dan ATM Johor.
Sebuah kereta Proton Saga dirampas dalam beberapa siri serbuan PATI di kawasan Felda di Kota Tinggi dan Pontian, Johor menerusi operasi dari 19 Mei hingga semalam melibatkan polis dan ATM Johor.