Rakyat Malaysia diminta hindari kawasan protes di Amerika

Hishammuddin
Hishammuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta menghindari kawasan protes dan patuhi perintah berkurung yang dikuat kuasa negara itu selepas ribuan penunjuk perasaan turun ke jalan raya berikutan insiden kematian George Floyd ketika ditahan polis pada Isnin lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menggesa rakyat Malaysia di negara itu untuk berdaftar segera dengan Kedutaan Malaysia agar bantuan mudah disalur.

“Situasi di US (Amerika Syarikat) amat tidak menentu ekoran protes di beberapa bandar...Take care & #StaySafe!” katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.

AFP melaporkan Los Angeles, Philadelphia dan Atlanta antara beberapa bandar raya di AS yang mengumumkan perintah berkurung sejak Sabtu lepas dalam usaha mengekang protes anti kekejaman polis yang meletus di seluruh negara itu.

Perintah berkurung pada waktu malam juga dilaksanakan di Louisville, Kentucky ketika AS terus digegarkan oleh pendemonstrasi.

Dalam kejadian di Minnieapolis, AS pada 25 Mei, Floyd dikatakan ditahan oleh seorang anggota polis yang menekan lehernya menggunakan kaki sehingga beliau mengalami sesak nafas dan akhirnya meninggal dunia di hospital. - Bernama

Artikel Berkaitan: