Covid-19: 38 kes baharu, tiada kematian

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 38 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan 7,857 kes dan hanya 1,338 kes masih dirawat di hospital.

"Daripada 38 kes baharu yang dilaporkan, 26 kes adalah kes import dan 12 ialah penularan tempatan membabitkan enam warganegara serta enam melibatkan warga asing," katanya.

Menurutnya, seramai lapan pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua memerlukan bantuan pernafasan.

"Kes kematian kekal pada 115 kes dengan tiada kematian direkodkan," katanya.

Beliau berkata, seramai 51 pesakit yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 6,404 kes iaitu bersamaan dengan 81.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Artikel Berkaitan: