X

Kindly register in order to view this article
!

101 individu ditahan di pusat hiburan

Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Damansara Utama.
A
A

PETALING JAYA - Seramai 101 individu termasuk 45 wanita ditahan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Damansara Utama, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua individu berusia dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 12.20 tengah malam.

"Kita mendapati seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun disyaki menggaji pekerja warga asing tanpa permit kerja dan menjual minuman keras tanpa lesen yang sah," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Nik Ezanee berkata, pihaknya juga mengesan tiga wanita warga asing berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun yang disyaki melanggar visa lawatan.

"Mereka dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan di premis berkenaan. Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 135 (2) Akta Kastam, Seksyen 39 (b) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Beliau berkata, seramai 98 warga tempatan pula telah melakukan kesalahan mengejut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Kesemua mereka telah dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana kesalahan tersebut," katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan itu juga, dua wanita warga tempatan telah didapati positif dadah.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus