X

Kindly register in order to view this article
!

Polis Terengganu periksa 1,981 lokasi tumpuan awam dalam tempoh PKPB

Roslee
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas 1,981 lokasi tumpuan awam bagi memastikan orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula pada 11 Mei hingga semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, lokasi yang diperiksa dan dipantau termasuk masjid, pasar raya, restoran atau kedai makan, bangunan bank, bengkel, pasar, tempat bebas dan lain-lain tempat di seluruh negeri ini.

"Hanya dalam tempoh 24 jam iaitu bermula jam 8 pagi kelmarin sehingga 8 pagi semalam, kita sudah melakukan sebanyak 97 pemeriksaan termasuk empat buah masjid di Besut, 16 buah pasar raya di semua daerah, 18 buah restoran atau kedai makan di semua daerah kecuali Dungun dan Setiu serta 15 buah bank di semua daerah kecuali Marang dah Hulu Terengganu.

"Selain itu, sebuah bengkel di Besut diperiksa, tiga pasar iaitu satu di Dungun dan dua di Besut, 16 pemeriksaan di tempat bebas di Besut (6) dan Hulu Terengganu (3) manakala selebihnya iaitu tujuh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan 24 di lain-lain tempat termasuk semua daerah kecuali Kemaman dan Besut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut melakukan pemeriksaan ke atas 11,516 individu yang mana 605 daripada jumlah itu adalah lelaki manakala selebihnya perempuan (427) selepas dikesan melanggar SOP pada 11 Mei hingga semalam.

"Daripada jumlah yang diperiksa itu pula, seramai 130 individu dikenakan kompaun iaitu daripada 18 Mei hingga semalam selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan ingkar PKPB," katanya.

Roslee berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pula iaitu dari 18 Mac lalu sehingga semalam, seramai 747 individu ditangkap kerana didapati melakukan kesalahan ingkar PKP.

"Dalam tempoh itu juga, sebanyak 403 kes sudah dituduh di mahkamah melibatkan seramai 633 pesalah, 67 kes pula NFA dan lima lagi masih dalam siasatan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!