Lebih sebulan, tiada kes baharu Covid-19 di Vietnam

Vietnam tidak mencatatkan kes jangkitan tempatan selama 45 hari berturut-turut.
Vietnam tidak mencatatkan kes jangkitan tempatan selama 45 hari berturut-turut.
A
A
A

HANOI - Vietnam masih tidak melaporkan sebarang kes baharu koronavirus (Covid-19) menjadikan jumlah jangkitan setakat 31 Mei kekal 328, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19.

Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan, negara itu juga tidak mencatatkan kes jangkitan tempatan selama 45 hari berturut-turut.

Daripada 328 kes yang disahkan itu, 188 adalah kes import.

Seramai 279 pesakit atau 85 peratus telah pulih sementara 49 yang lain masih dirawat dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, seramai 7,870 kontak rapat pesakit Covid-19 atau yang baru pulang dari kawasan dilanda wabak, kini diletakkan di bawah pemantauan kesihatan. Seramai 69 dikuarantin di hospital, 6,870 di kemudahan khas dan 931 di rumah. - Bernama

Artikel Berkaitan: