X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid-19 di Chile cecah hampir 100,000

Kadar jangkitan melonjak dengan ketara pada separuh kedua Mei sekitar 3,500 hingga 4,500 kes baharu dilaporkan dalam sehari peningkatan kira-kira 300-500 kes sehari berbanding April.
A
A

BUENOS AIRES - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Chile meningkat sebanyak 4,830 kini mencecah 99,688 lapor agensi berita Sputnik, memetik Kementerian Kesihatan pada Ahad.

Negara itu turut mencatatkan 57 kematian menjadikan jumlah korban seramai 1,054. Jumlah pesakit sembuh pula seramai 42,727 orang.

Kadar jangkitan melonjak dengan ketara pada separuh kedua Mei sekitar 3,500-4,500 kes baharu dilaporkan dalam sehari peningkatan kira-kira 300-500 kes sehari berbanding April. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus