ASP ditahan SPRM minta rasuah RM30,000

SPRM
SPRM
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan dakwaan meminta rasuah sebanyak RM30,000 daripada seorang individu.

Pegawai berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sebuah hotel di sini pada jam 6.40 petang semalam.

Menurut sumber, suspek didakwa meminta rasuah sebanyak RM30,000 daripada seorang individu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes dan memberi perlindungan kepada suspek kes jenayah.

Permohonan reman terhadap pegawai polis berkenaan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan itu.

“Suspek ditahan reman selama lima hari berkuat kuasa hari ini sehingga 5 Jun ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Artikel Berkaitan: