Tesco sedia peluang pekerjaan buat gelandangan

Antara gelandangan yang ditawarkan peluang pekerjaan oleh Tesco.
Antara gelandangan yang ditawarkan peluang pekerjaan oleh Tesco.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) mengambil inisiatif menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan gelandangan menerusi penyertaan dalam Program Penyediaan Kerjaya Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Pengarah Perkhidmatan Korporat Tesco, Azliza Azmel berkata, sehingga kini, pihaknya telah menggaji sembilan individu yang ditawarkan pekerjaan di beberapa pusat pengedarannya sebagai tanda sokongan dalam program tersebut.

Menurut Azliza, Tesco akan meneruskan sesi temu duga selepas ini dengan lebih ramai lagi individu yang terlibat dalam program berkenaan bagi menawarkan peluang pekerjaan bersesuaian.

"Program yang merupakan usaha bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan menyaksikan gelandangan kota dilatih dan diambil bekerja.

"Kami berharap melalui penempatan dalam rantaian bekalan kami, individu-individu ini dapat memulakan kembali kehidupan mereka, tidak lagi harus tinggal di jalanan dan memiliki kualiti hidup lebih baik," katanya.

Azliza Azmel
Azliza Azmel

Sebelum ini, Tesco turut mengumumkan akan mengambil lebih 600 pekerja bagi menampung permintaan yang mendadak terhadap perkhidmatannya susulan Covid-19 dan sempena kedatangan Ramadan dan hari raya.

Mengulas mengenai perkembangan itu, Azliza berkata, sehingga Mei, Tesco telah mengisi lebih 400 kekosongan yang ditawarkan di mana sebahagian pekerja sementara turut diberi pekerjaan sepenuh masa.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun pembelian panik sudah berakhir sekarang, pelanggan masih berbelanja dalam talian dengan lebih banyak daripada yang mereka lakukan sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya.

Dalam pada itu, Azliza berkata, Tesco turut menjalinkan kerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi menyalurkan Zakat Wakalah bernilai Rm30,000 kepada 60 rakan sekerjanya.

Tesco sentiasa komited bagi membantu rakan sekerjanya menerusi pemberian zakat.
Tesco sentiasa komited bagi membantu rakan sekerjanya menerusi pemberian zakat.

Katanya, rakan sekerja mereka yang menerima bantuan berkenaan kebanyakannya adalah dari cawangan-cawangan Tesco sementara selebihnya dari pusat pengedaran dan ibu pejabat.

"Zakat Wakalah ini adalah dibahagikan daripada potongan gaji pekerja-pekerja Tesco sepanjang tahun dan kami percaya setiap bantuan adalah bermakna," katanya.