Sepang kembali zon merah

Info grafik mengenai statistik kes Covid-19 di Selangor yang dikongsikan STFC di Facebook rasminya.
Info grafik mengenai statistik kes Covid-19 di Selangor yang dikongsikan STFC di Facebook rasminya.
A
A
A

SHAH ALAM - Setelah lebih sebulan berada di zon kuning, daerah Sepang kembali ditakrif sebagai zon merah apabila 24 kes aktif baharu direkodkan di mukim Labu.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Facebook rasminya memaklumkan peningkatan mendadak itu melibatkan kes di Depot Tahanan Imigresen (DTI).

Menerusi info grafik dikeluarkan, sebanyak 60 kes aktif koronavirus (Covid-19) direkodkan di mukim Labu manakala tiga kes di mukim Sepang dan satu kes di mukim Dengkil menjadikan jumlah keseluruhan 64 kes aktif di daerah Sepang.

“Kes baharu DTI yang mendadak naik menyebabkan mukim Labu kini zon merah.

“Dengan itu, daerah Sepang juga telah menjadi zon merah secara automatik,” menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 31 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 1,909 kes aktif Covid-19 di Selangor.

Seramai 1,531 pesakit dilaporkan sudah sembuh manakala 278 kes lagi masih aktif.

Sebanyak 22 kematian akibat dijangkiti Covid-19 dilaporkan di Selangor.

Artikel Berkaitan:

Setakat semalam, Selangor mempunyai dua daerah ditakrif zon merah iaitu Hulu Langat dan Sepang manakala Sabak Bernam kekal sebagai zon hijau.

Dalam pada itu STFC turut mengingatkan rakyat Selangor terus melaksanakan kebiasaan baharu iaitu penjarakan sosial, menjaga kebersihan dan memakai topeng muka dalam rutin harian.

“Itu saja benteng paling efektif pada waktu ini,” menerusi kenyataan dikeluarkan.