Tujuh pertubuhan kebajikan terima bantuan #SkuadKebaikan Milo

Milo melancarkan kempen #SkuadKebaikan Milo bagi menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan sempena Ramadan sehingga 23 Mei lalu.
Milo melancarkan kempen #SkuadKebaikan Milo bagi menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan sempena Ramadan sehingga 23 Mei lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Sebanyak tujuh pertubuhan kebajikan menerima produk Nestle melalui kempen #SkuadKebaikan Milo hasil sumbangan ikhlas rakyat Malaysia menerusi pembelian dalam talian Shopee sepanjang bulan Ramadan lalu.

Pengurus Pemasaran Pengguna Milo, Nestle (Malaysia) Berhad, Maria Murni Nur Azmi berkata, #SkuadKebaikan Milo merupakan kempen dilancarkan jenama minuman malt coklat berkhasiat kegemaran rakyat itu dengan kerjasama laman e-dagang Shopee.

Menurutnya, kempen itu menyatukan komuniti dalam talian di negara ini untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Kempen berlangsung sehingga 23 Mei lalu memberi peluang kepada pelanggan dalam talian menyampaikan sumbangan pek ‘bundle’ mengandungi serbuk Milo serta produk Nestle yang lain bernilai RM25, RM55, RM95 dan RM155 setiap satu.

“Kesemua pembelian pek ‘bundle’ #SkuadKebaikan Milo diagihkan secara sama rata kepada tujuh pertubuhan kebajikan yang membantu golongan memerlukan termasuk keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang terkesan dengan koronavirus (Covid-19),” katanya dalam satu kenyataan.

Maria Murni berkata, pertubuhan yang menerima bantuan itu termasuk Food Aid Foundation, Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur, Yellow House Kuala Lumpur, Yayasan Sultanah Bahiyah, Yayasan Pesona, Persatuan Kebajikan Ummah dan Humanitarian Care Malaysia (MyCare).

Menurutnya, Milo turut menyumbangkan 10 peratus daripada hasil jualan produk Milo serbuk dan Milo Mixes yang lain di Shopee sepanjang tempoh kempen #SkuadKebaikan Milo dalam bentuk produk Nestle kepada pertubuhan kebajikan yang sama.

Tambah beliau, lebih 600 pek ‘bundle’ #SkuadKebaikan Milo telah dijual setakat ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya terharu dengan sokongan serta keprihatinan rakyat walaupun terpaksa menjaga jarak antara satu sama lain ketika ini. Jarak bukanlah penghalang untuk berkongsi kebaikan dan kami hargai sumbangan rakyat dalam usaha bersama ‘kita jaga kita’ agar kebaikan berkhasiat ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

“Kami berharap kiriman #SkuadKebaikan Milo ini dapat meringankan beban komuniti yang dibantu selain membekalkan zat makanan yang diperlukan untuk melangkah jauh seterusnya,” katanya.

April lalu, Nestle Malaysia menyampaikan sumbangan berjumlah RM15 juta menerusi Nestle Cares serta inisiatif-inisiatif lain yang disokong oleh pelbagai jenama di bawah syarikat itu.