X

Kindly register in order to view this article
!

10 warga asing ditahan dalam Op Noda

A
A

ISKANDAR PUTERI - Seramai 10 wanita warga asing serta lima lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran ditahan dalam Op Noda di sebuah premis perniagaan di Taman Nusa Perintis di sini semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 2 pagi itu, kesemua yang ditahan turut dikenakan kompaun kerana melanggar PKPB.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, sembilan wanita terbabit terdiri daripada sembilan warganegara Vietnam dan seorang warga negara Thailand.

Katanya, kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 21 hingga 49 tahun dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Polis turut merampas pelbagai barangan digunakan dalam aktiviti pelacuran.

"Kesemua mereka ditahan reman selama 14 hari mulai hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka juga dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pihak polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan jenayah sepanjang tempoh PKPB bagi membolehkan polis mengambil tindakan selanjutnya.