Tiada kenaikan harga dikesan

Penguatkuasa KPDNHEP ketuika membuat pemeriksaan di sebuah kantin sekolah yang terdapat di negeri ini.
Penguatkuasa KPDNHEP ketuika membuat pemeriksaan di sebuah kantin sekolah yang terdapat di negeri ini.
A
A
A

SEREMBAN - Tiada kenaikan berlaku pada harga makanan dan minuman yang dijual di kantin sekolah sekitar negeri ini, lapor Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan.

Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, pemeriksaan yang dijalankan sejak Isnin lalu itu melibatkan 38 pengusaha kantin di sekitar Seremban, Senawang, Ampangan, Jelebu, Kuala Klawang, Mantin, Port Dickson, Rantau dan Kuala Pilah.

"Tiada kenaikan harga dikesan susulan semua pengusaha kantin terikat dengan kontrak yang telah ditandatangani dengan sekolah.

"Setiap harga makanan dan minuman yang dijual di kantin perlu ditentukan dan dipersetujui oleh jawatankuasa yang dilantik oleh sekolah dan semua harga yang dipersetujui akan dikepilkan di dalam kontrak yang ditandatangani pengusaha kantin," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiga amaran bertulis telah diberikan kepada tiga pengusaha berhubung tanda harga item yang dijual dan sebanyak tujuh pengusaha diberikan notis peringatan di bawah Seksyen 53A Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Dalam pada itu, Ain Arjuna berkata, satu perjumpaan antara KPDNHEP Negeri Sembilan dengan Ketua Unit Hal Ehwal Murid (HEM), Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Mohamad Fisol Mansoor telah diadakan berhubung harga jualan di kantin sekolah.

"Hasil perbincangan bersama, beliau bersetuju bekerjasama dengan KPDNHEP bagi menangi isu kenaikan harga makanan dan minuman di kantin sekolah sekitar Negeri Sembilan.

"Jabatan Pendidikan Negeri juga telah mengeluarkan satu surat pematuhan harga kepada semua pengusaha kantin sekolah di negeri ini supaya mematuhi perjanjian penyewaan dan pengurusan kantin sekolah (edisi 2011)," katanya.

Artikel Berkaitan: