Covid-19: Tiga kluster baharu di Pahang

Gambar hiasan. Gambar kecil:Dr Noor Hisham Abdullah
Gambar hiasan. Gambar kecil:Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengenal pasti tiga lagi kluster baharu jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) di Pahang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster itu melibatkan kilang papan dan syarikat pembinaan di Maran dan Ladang di Bera.

Menurutnya, kesemua kes yang dikesan positif wabak tersebut di ketiga-tiga kluster itu melibatkan pekerja warga asing.

"Ladang di Bera merekodkan tujuh kes positif, kilang papan di Maran (enam) dan syarikat pembinaan di Maran, libatkan dua kes.

"Kesemua 15 kes yang dikesan positif itu melibatkan bukan warganegara," katanya pada sidang akhbar mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kes positif dikesan melibatkan ketiga-tiga kluster itu selepas Pejabat Kesihatan menjalankan persampelan secara rawak.

"Sebahagian tindakan Pejabat Kesihatan untuk laksakana persampelan secara rawak dan kita dapati ada yang positif.

"Bila ada kes positif, kita segera lakukan pengesanan kes dan mereka yang didapati positif diasingkan dan diberi rawatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, punca dan jangkitan sebenar masih lagi disiasat.