Covid-19: 57 kes baharu, hanya 4 kes penularan tempatan

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini merekodkan hanya empat kes penularan tempatan wabak koronavirus (Covid-19) sekaligus menjadi angka satu digit terendah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat kes tersebut antara 57 kes baharu yang direkodkan hari ini.

Menurutnya, dengan pertambahan itu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak tersebut di negara ini meningkat kepada 7,819 kes.

"Ingin dimaklumkan bahawa daripada 57 kes baharu yang direkodkan hari ini, 10 merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"43 kes melibatkan bukan warganegara di mana 23 daripadanya adalah di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang.

"Penularan tempatan yang melibatkan rakyat Malaysia hanya empat kes sahaja," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, terdapat 23 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kini meningkat kepada 6,353 orang.

"Dimaklumkan juga tiada kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-18 kekal 115 orang," katanya.

Artikel Berkaitan: