Pemuda Pas buat laporan individu fitnah MB Kedah

Pemuda Pas Kedah membuat laporan polis terhadap seorang individu yang didakwa memfitnah Muhammad Sanusi di Ibu Pejabat Polis Daerah di IPD Kota Setar hari ini.
Pemuda Pas Kedah membuat laporan polis terhadap seorang individu yang didakwa memfitnah Muhammad Sanusi di Ibu Pejabat Polis Daerah di IPD Kota Setar hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Pemuda Pas Kedah membuat laporan polis terhadap seorang individu yang didakwa memfitnah serta menjatuhkan kredibiliti Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar hari ini.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah, Mohd Aizat Zakaria berkata, kenyataan terbabit disedari selepas menerima pautan program bual bicara bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Facebook kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Beliau mendakwa, individu tersebut mengaitkan Muhammad Sanusi yang ketika itu merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dengan sebuah projek di luar negara di bawah anak syarikat Kedah.

"Kenyataan dikeluarkan yang mengaitkan Muhammad Sanusi disifatkan tidak benar sama sekali dan mengandungi fitnah yang berniat jahat dan berunsur fitnah kepada penama," katanya dalam satu kenyataan selepas membuat laporan di IPD Kota Setar hari ini.

Mohd Aizat berkata, pihaknya membuat laporan berhubung perkara itu demi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 serta mana mana akta yang berkaitan.

Beliau berkata, pihaknya menggesa siasatan lanjut pihak polis dan tindakan tegas diambil bagi menghalang kenyataan fitnah itu disiarkan di mana-mana media.

Artikel Berkaitan: