Kerajaan PN serius tangani masalah air di Kedah

Tuan Ibrahim (kanan) pada sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Tuan Ibrahim (kanan) pada sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Masalah bekalan air di Kedah mendapat perhatian kerajaan Pusat apabila projek membaik pulih saluran paip bocor sepanjang tiga kilometer iaitu dari tanah besar ke Pulau Langkawi akan dimulakan pada suku pertama tahun depan.

Projek tersebut turut melibatkan kerja-kerja membesarkan takungan air di kawasan berkenaan untuk memastikan bekalan tersebut mampu menampung keperluan domestik dan sektor pelancongan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek dianggarkan bernilai RM600 juta berkenaan dijangka memberi manfaat kepada penduduk tanpa sebarang gangguan bekalan air di Langkawi sehingga 2040.

"Dengan kerjasama baik daripada kerajaan negeri, (dalam tempoh) sehingga 2040 nanti, Langkawi tidak akan ada masalah air mengikut apa kita rancangkan ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kedah bakal berdepan catuan air

Sementara itu, katanya, empat projek Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar Lama bernilai RM57.42 juta, LRA Sungai Limau (RM108.41 juta), LRA Bukit Selambau (RM147.78 juta) dan LRA Jenun Baru (RM161.98 juta) di Kedah telah diberi tender untuk dinaik taraf dan dijangka siap pada 2022.

Beliau berkata, kos keseluruhan projek tersebut ialah sebanyak RM930 juta melibatkan lima projek keseluruhan termasuk LRA Pelubang dianggarkan bernilai RM455.98 juta yang belum diberi tender.

Sempena lawatan kerja ke Kedah itu juga, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya turut membincangkan kesiapsiagaan kerajaan negeri dalam menghadapi musim kering pada Julai depan dan memberitahu, sebanyak 24 projek alam sekitar dan air telah diluluskan kepada Kedah melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM4.44 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Artikel Berkaitan: