Lelaki ditemui mati tergantung di pusat rekreasi

Mayat mangsa terpaksa dibawa menggunakan jalan laut berikutan lokasi penemuan terkepung air pasang di pantai Taman Gelora.
Mayat mangsa terpaksa dibawa menggunakan jalan laut berikutan lokasi penemuan terkepung air pasang di pantai Taman Gelora.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Mayat seorang warga emas berusia 63 tahun ditemui tergantung di pusat rekreasi awam Taman Gelora Kuantan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihak polis menerima maklumat dari orang awam kira-kira jam 1.31 petang menyatakan terjumpa satu mayat tergantung di atas pokok di pesisiran pantai berhampiran belakang tapak perkuburan Kristian Taman Gelora, Kuantan.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan seorang duda tanpa anak bekerja sebagai jurukimpal besi di sebuah premis di Padang Lalang.

"Beliau dipercayai beralamat di Sungai Lembing Pahang. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan saringan Covid-19 dan bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seorang lelaki ditemui mati tergantung di pusat rekreasi Taman Gelora di sini tengah hari tadi.
Seorang lelaki ditemui mati tergantung di pusat rekreasi Taman Gelora di sini tengah hari tadi.

Artikel Berkaitan: