X

Kindly register in order to view this article
!

‘SOP Malaysia relevan'

Sathianathan
A
A

LANGKAH Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) mengikut acuan tersendiri bagi melangsungkan kembali saingan Liga Malaysia (Liga-M) dianggap relevan.

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata, setiap liga di negara yang berbeza sudah pasti mempunyai SOP tersendiri untuk disesuaikan dengan keadaan semasa akibat pandemik Covid-19.

Menurut Sathianathan, pihaknya amat mengalu-alukan SOP acuan Malaysia sambil berharap SOP berkenaan dapat memberikan manfaat kepada kesemua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga-M.

“Bagi saya, MFL membuat tindakan yang betul untuk memperkenalkan SOP tersendiri kerana SOP dalam saingan La Liga Sepanyol, Bundesliga Jerman mungkin berlainan dan kita perlu kenal pasti apa yang kita boleh buat dan apa yang tidak boleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Liga M: SOP ikut acuan Malaysia

“Selain itu, MFL mungkin melihat kepada kemudahan-kemudahan yang ada di negara ini dan lebih-lebih lagi dalam keadaan Covid-19 sekarang di mana ada zon hijau, ada zon merah dan sebagainya.

“Jadi di sinilah kita kena ikut apa yang dirancang oleh MFL kerana sebagai badan yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan liga bola sepak negara, mereka pasti tahu apa langkah yang terbaik,” katanya kepada Sinar Harian.

Saingan Liga-M dijangka kembali bersambung September depan selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu.
Saingan Liga-M dijangka kembali bersambung September depan selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan MFL selaku badan pentadbir Liga-M merancang menggunakan modul SOP tersendiri bagi menyambung semula baki saingan Liga-M yang ditangguh sejak 16 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan memaklumkan bahawa SOP acuan Malaysia itu secara keseluruhannya bakal mengambil kira kesesuaian dan persekitaran semasa yang berlaku di negara ini di sebalik pandemik Covid-19.

Sathianathan yang juga pengendali Selangor memberitahu, beliau berharap Liga-M dapat disambung lebih awal iaitu bulan depan atau Julai nanti berbanding perancangan MFL pada September depan.

Namun, beliau berkata, segala keputusan berhubung perkara berkenaan adalah tertakluk kepada kelulusan daripada pihak kerajaan khususnya menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Secara keseluruhannya, saya mengalu-alukan sebarang SOP yang bakal diperkenalkan nanti dan saya harap semua pasukan akur dan dapat ikut SOP yang diberikan. Itu perkara paling penting dalam kita meneruskan aksi liga musim ini,” ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus