X

Kindly register in order to view this article
!

Pekida lapor polis terhadap Siti Kassim, Xian Ying

Wakil Pekida Pahang yang hadir membuat laporan polis yang dibuat di IPD Kuantan sebentar tadi.
A
A

KUANTAN - Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Pahang membuat laporan polis terhadap seorang peguam dan seorang individu Facebook kerana mencabar kedaulatan Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sebentar tadi.

Pengerusi Pekida Pahang Datuk Ngah Ismail berkata, beliau mewakili ahli Pekida negeri ini menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap kedua-dua individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan serta penghinaan terhadap agama Islam dan institusi diraja membabitkan ketua agama negara ini.

"Saya terbaca satu kumpulan WhatsApp memaparkan kenyataan Siti Kassim yang mengatakan kalau hendak hapuskan arak hapuskan dahulu sekolah tahfiz. Beliau juga mengatakan al-Quran lebih bahaya daripada arak.

"Allahuakbar bila baca ini hanya tuhan sahaja yang tahu. Tiada undang-undangkah yang boleh mengatasi Siti Kassim ini? Jangan pandang remeh isu hina Islam. Mengapa diberi peluang orang sebegini? Mohon polis dan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) ambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini sebentar tadi.

Antara wakil Pekida Pahang yang hadir ketika sidang media bersama Sinar Harian.
Antara wakil Pekida Pahang yang hadir ketika sidang media bersama Sinar Harian.

Satu lagi laporan polis dibuat terhadap hantaran Facebook seseorang dengan nama Xian Ying E-Commerce In Asia bertarikh 26 Mei 2020.

Ngah berkata, individu itu telah menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan gambar dan kata-kata yang kurang sopan.

"Saya mewakili Pekida Pahang merayu pihak berkuasa terutama polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku bagi kedua-dua kes tersebut," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!