Covid-19: Perak bukan lagi zon hijau

Info grafik yang dikongsi oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).
Info grafik yang dikongsi oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).
A
A
A

SHAH ALAM - Perak sekali lagi terkeluar daripada zon hijau selepas merekodkan satu kes baharu positif wabak koronavirus (Covid-19) di daerah Kinta.

Menerusi info grafik yang dikongsi oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM), perkembangan terbaharu itu menyaksikan hanya empat negeri yang masih kekal dengan zon hijau, manakala Perak dikategorikan sebagai zon kuning.

Empat negeri terbabit adalah Terengganu, Perlis, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sementara itu, dua daerah yang masih kekal zon merah adalah Hulu Langat, Selangor dan Rembau, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, tiga zon di Kuala Lumpur masih diletakkan dalam kategori sebagai zon merah iaitu Bukit Jalil, ibu kota dan Pudu.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 7,762 kes positif wabak tersebut dengan 1,317 kes yang aktif dan sedang dirawat di hospital.

Artikel Berkaitan: