Arteta perlukan pemain berkualiti

Arteta
Arteta
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta perlu mencari pemain berkualiti dalam jendela perpindahan akan datang dalam usaha memastikan The Gunner mampu terus bersaing dengan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris yang lain.

Legenda Arsenal, Dennis Bergkamp berkata, pemain sedia ada belum mencukupi selain mengakui pasukan itu mempunyai banyak kelompongan terutama di bahagian tengah pasukan.

"Saya menyaksikan perlawanan pertama Arteta selepas mengambil alih Arsenal. Mereka tewas 1-2 kepada Chelsea dan dalam perlawanan itu jelas banyak kelemahan.

"Saya nampak apa yang dimahukan Arteta dalam perlawanan itu dengan mengarahkan pemain penyerang mereka meletakkan tekanan kepada pemain pertahanan lawan.

"Tetapi, pemain tengah mereka jauh kebelakang dan meninggalkan satu ruang kosong yang besar di tengah padang.

"Saya tidak tahu jika anda masih ingat gandingan pemain AC Milan iaitu Arrigo Sacchi, Marco van Basten, Ruud Gullit dan Frank Rijkaard. Mereka menggunakan tali dalam latihan untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam posisi yang betul ketika bermain. Ia sesuatu yang perlu difikirkan Arsenal," katanya.

Bergkamp bagaimanapun percaya, Arteta akan berjaya mengatasi perkara tersebut dan Arsenal memerlukan masa untuk kembali bangkit menjadi sebuah pasukan hebat.

"Dia (Arteta) sedang bekerja untuk membaiki pasukan tetapi dia perlukan masa dan pemain yang berbeza.

Artikel Berkaitan:

"Sedikit demi sedikit keadaan akan berubah buat Arsenal dan Arteta akan mencorakkan gaya permainannya.

"Arteta mungkin akan membawa corak yang berbeza dan anda perlu meletakkan kepercayaan kepadanya seperti yang diberikan kepada Arsene Wenger," katanya.