Tiga guru perempuan antara 15 ditahan berzumba

Seramai 15 wanita yang didapati berzumba dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
Seramai 15 wanita yang didapati berzumba dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seramai tiga guru perempuan antara 15 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melakukan aktiviti zumba di Taman Pekan Baru, di sini pada petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua wanita diperiksa termasuk tiga guru, seorang penolong jurutera, tiga kerani, seorang juruteknik, seorang pembantu penilaian, dua peniaga termasuk pemilik butik pengantin dan empat orang suri rumah berusia antara 25 hingga 50 tahun.

Menurutnya, kesemua 15 individu itu mengaku sedang berzumba di premis terbabit ketika pemeriksaan Ops Covid-19 dilakukan jam 6.30 petang.

"Mereka gagal memberi penjelasan munasabah terlibat atau menyertai perhimpunan aktiviti sosial dan telah melanggar Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Kesemua 15 wanita termasuk pemilik premis dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan Seksyen 24 Kanun Prosedur Jenayah.

"Mereka telah diterangkan kesalahan serta dikenakan kompaun yang dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Artikel Berkaitan: