Remaja perempuan parah terjatuh dari tingkat 11 pangsapuri

tangan terkulai
tangan terkulai
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Jalan Bangsar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 12.10 tengah malam.

“Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ke lokasi kejadian mendapati seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dalam keadaan cedera parah di parkir pangsapuri tersebut.

“Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala, badan dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, paramedik Pusat Perubatan Universiti Malaya memberi rawatan kepada mangsa sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan boleh hubungi IPD Brickfields di talian 03-22979222. Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: