Malaysia semakin hampir berjaya putuskan rantaian Covid-19

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia ketika ini menghampiri kejayaan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia didorong keupayaan yang tinggi dalam mengesan penularan wabak tersebut serta disokong program kesihatan yang mantap.

"Hampir 95 peratus ujian yang kita jalankan negatif, jadi yang positif tidak ramai.

"Jadi kita sudah boleh memutuskan rantaian jangkitan Covid-19, mungkin perlu sedikit masa lagi," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tiada kes kematian direkodkan dalam tempoh lapan hari berturut-turut sejak 23 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 30 kes baharu, tiada kematian lapan hari berturut-turut

Menurutnya, trend pemulihan itu dapat dilihat selepas ketiadaan kes kematian dalam tempoh yang lama selain jumlah kes positif harian yang semakin menurun.

Artikel Berkaitan: