Ramai teruja, ikuti anak Mat Dan di Instagram

No Image Caption
A
A
A

MULA diwujudkan kira-kira dua minggu lalu, akaun Instagram (IG) anak kepada Muhammad Kareef Daniel Abdullah, 30, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan, nampaknya sudah ramai pengikut!

Sehingga berita ini ditulis, sudah ada lebih 32,000 menjadi pengikut si cilik ini.

Melalui IG @zaynetyler55 atau Muhammad Zayne Daniel James Tyler Zayne yang dipanggil Zayne dimuat naik gambar-gambar aktiviti seharian bayi comel itu.

Turut dimuat naik sekeping foto Zayne yang baharu berusia 19 hari ketika itu dengan kapsyen yang turut menarik perhatian netizen.

"Assalamualaikum... Selamat pagi. Atas permintaan ramai, inilah zaman Zayne kurus... Baru umur 19 hari... Kerja tidur sahaja, tak suka bangun minum susu... ibu dengan daddy perlu kejutkan sebab Zayne ada jaundice... Tapi Alhamdulillah Zayne sihat.

"Zayne lahir awal 13 hari daripada tarikh bersalin. Berat Zayne masa lahir 2.7kg... Kecil sahajakan... Sekarang lebih kurang 8.5kg... Tangan ibu sudah jadi macam ini dah....," tulis pada kapsyen gambar itu.

Gambar-gambar dimuat naik di Instagram Muhammad Zayne Daniel James Tyler Zayne
Gambar-gambar dimuat naik di Instagram Muhammad Zayne Daniel James Tyler Zayne

Rata-rata para pengikut memuji kecomelan bayi yang sudah berusia lapan bulan, anugerah terindah buat Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan, 29.

Artikel Berkaitan:

"Masa kecil muka Melayu. Sekarang muka mat salleh... comel sangat," tulis puteri_air pada gambar Zayne.

"Macam mana sekarang Zayne boleh sado... Ada tips bagi naik berat badan baby tak," tanya ana_nurnazirah92.

"Bakal PU Zayne ini... Comel. Moga jadi anak yang soleh ya," tulis zarinahzakariya.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro sebelum ini, akaun IG milik Muhammad Zayne diwujudkan oleh Mat Dan dan isterinya untuk memberi kemudahan kepada ahli keluarga terutama ibu bapa Mat Dan yang berada di England mengikuti perkembangan cucu mereka.

Sejak akaun itu diwujudkan, banyak ucapan tahniah diterima daripada peminat malah ada yang teruja dan memintanya memuat naik lebih banyak gambar dan video berkaitan anaknya itu.

Gambar-gambar dimuat naik di Instagram Muhammad Zayne Daniel James Tyler Zayne
Gambar-gambar dimuat naik di Instagram Muhammad Zayne Daniel James Tyler Zayne