KKM beri tumpuan supaya warga asing patuh SOP

Gambar arkib
Gambar arkib
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi tumpuan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh warga asing bagi mengekang penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana tahap pematuhan rakyat Malaysia berada pada tahap yang baik.

"Bila kita lihat kepada analisis PKPB daripada 4 Mei sehingga sekarang, kita lihat kes melibatkan rakyat Malaysia hanya 22 peratus.

"Kebanyakan kes (positif) melibatkan pekerja warga asing dan juga pendatang tanpa izin (PATI), daripada kesimpulan itu kita dapati rakyat Malaysia patuh SOP.

"Tetapi apa yang menjadi kebimbangan kita mengenai pematuhan SOP oleh warga asing ini," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, selaras dengan itu juga, KKM akan meneliti kembali SOP di Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang ketika ini dikesan lebih 300 kes positif wabak tersebut.

Katanya, tumpuan bukan hanya di DTI tetapi pusat tahan lain termasuk penjara.

"Apabila berada di tempat sempit dan tertutup, peluang orang lain dijangkiti juga tinggi jika ada yang membawa masuk virus ke tempat tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: