Covid-19: 30 kes baharu, tiada kematian lapan hari berturut-turut

Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
 - Foto Bernama
Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
 - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) direkodkan di Malaysia dalam tempoh lapan hari berturut-turut dengan jumlah kumulatif kes kematian kekal 115 orang.

Kes baharu pula menunjukkan penurunan ketara iaitu sebanyak 30 kes berbanding 103 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 30 kes baharu yang direkodkan itu hanya 10 kes penularan tempatan melibatkan rakyat Malaysia.

"Ingin dimaklumkan daripada 30 kes baharu yang direkodkan hari ini, tiga kes melibatkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"27 kes melibatkan bukan warganegara dan hanya 10 kes melibatkan rakyat tempatan," katanya pada sidang media situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 95 kes pulih dan dibenarkan discaj.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih kini meningkat kepada 6,330 kes," katanya.

Artikel Berkaitan: