Kematian George Floyd: Gabenor Georgia pula isytihar darurat di Atlanta

Derek Chauvin didakwa menyebabkan kematian George Floyd ditahan pada Isnin. - Foto Agensi
Derek Chauvin didakwa menyebabkan kematian George Floyd ditahan pada Isnin. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Gabenor Georgia, Brian P Kemp mengisytiharkan darurat dikuat kuasa di Fulton County, bandar raya terbesar di Atlanta, berikutan rusuhan besar-besaran yang tercetus selain mengerahkan 500 pasukan pengawal negara mengawal keadaan.

"Atas permintaan Datuk Bandar @KeishaBottoms dan selepas berunding dengan pegawai keselamatan awam & kesiapsiagaan kecemasan, saya mengeluarkan perintah darurat di Fulton County," memetik kenyataan P Kemp di Twitter lapor agensi berita Sputnik.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis Minneapolis didakwa membunuh George Floyd

Kematian George Floyd: Rumah Putih dikawal ketat

Protes tuntut bela kematian George Floyd

Kematian George Floyd: New York huru-hara

Beliau berkata, anggota pengawal negara segera dikerahkan untuk membantu agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan mengembalikan ketenteraman.

Rusuhan mula tercetus pada Selasa di beberapa bandar di Amerika Syarikat ekoran kematian George Floyd, lelaki kulit hitam, ketika ditahan anggota polis di bandar Minneapolis.

Kematian Floyd, 46, mencetuskan kemarahan apabila seorang pegawai polis kulit putih Derek Chauvin bertindak di luar batas kemanusiaan ketika menahan mangsa.

Artikel Berkaitan:

Rakaman video menunjukkan Chauvin menekan lututnya di leher mangsa walaupun Floyd berulang kali mengatakan, "Tolong saya tidak boleh bernafas."

Floyd disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan pada Isnin petang. - Bernama