X

Kindly register in order to view this article
!

Tujuh beranak melecur

Sepasang suami isteri dan anak mereka antara tujuh mangsa yang melecur dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Taman Cahaya Alam di sini pagi tadi.
A
A

SHAH ALAM - Sepasang suami isteri dan anak mereka antara tujuh mangsa yang melecur dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Taman Cahaya Alam di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 7.36 pagi.

"Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan kebakaran 100 peratus rumah teres dua tingkat," katanya menerusi kenyataan hari ini.

"Seorang mangsa selamat manakala tujuh lagi melecur. Kesemua mangsa melompat keluar melalui tingkat atas kerana semua ruang terbakar.

"Kesemua mangsa terlibat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut," katanya.

Antara mangsa yang terlibat dalam kejadian.
Antara mangsa yang terlibat dalam kejadian.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus