Keahlian terlucut serta-merta bukan dipecat: Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Lima pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad bukan dipecat sebaliknya keahlian mereka terhenti serta-merta kerana melanggar perlembagaan parti.

Justeru, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua ahli Bersatu bersabar dan bertenang susulan keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat pemimpin parti itu terlucut.

"Saya berharap ahli Bersatu dapat bersabar dan bertenang menghadapi situasi terlucutnya keahlian lima berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain Dr Mahathir, empat lagi ialah yang lain ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Jelas Muhyiddin, beliau tidak mengambil tindakan terburu-buru walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan terhadap mereka diambil lebih awal.

"Saya mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan tindakan berlandaskan perlembagaan parti. Tiada individu yang mengatasi perlembagaan parti.

"Saya yakin dan percaya Bersatu akan terus teguh. Kita menghadapi banyak cabaran dari awal parti ini dan kita tidak berjuang untuk individu tetapi agama, bangsa dan negara.

"Dr Mahathir bersama pengikutnya yang lain memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) walaupun parti memutuskan sebaliknya. Jika itu pilihan Dr Mahathir, saya ucapkan selamat maju jaya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti

Keahlian Tun M, 4 lagi terhenti sebab langgar perlembagaan parti

Keahlian Tun M sudah terhenti, tidak perlu Lembaga Disiplin

Krisis Tun M, Muhyiddin: Ke mana arah Bersatu?