KPM nafi keluar kenyataan berkaitan 'Takwim Persekolahan'

Kenyataan Pasukan Respon Pantas KKMM hari ini.
Kenyataan Pasukan Respon Pantas KKMM hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan Respon Pantas di bawah kendalian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataannya menyangkal dua berita palsu yang tular di media sosial hari ini.

Antaranya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan mengeluarkan kenyataan berkaitan 'Takwim Persekolahan' seperti yang tular melalui aplikasi WhatsApp.

"KPM menegaskan bahawa sebarang maklumat berkaitan takwim pembukaan semula sekolah hanya akan dibuat melalui medium rasmi KPM," kata kenyataan Pasukan Respon Pantas KKMM sebentar tadi.

Selain itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menafikan dakwaan menutup 37 premis perniagaan di pusat beli-belah terkenal di Taman Desa Tebrau kerana tidak mematuhi SOP PKPB.

"Sebaliknya MBJB menjelaskan bahawa arahan penutupan sementara dikeluarkan kerana premis tersebut didapati tidak memiliki lesen perniagaan yang sah," kata kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan: