Hulur sumbangan kepada masjid pamer sikap terpuji Chong Wei

Chong Wei (kanan) memberi sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur hari ini. - Foto Ihsan FB Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala
Chong Wei (kanan) memberi sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur hari ini. - Foto Ihsan FB Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala
A
A
A

DIA bukan sahaja digelar ikon sukan, malah tidak keterlaluan jika dikatakan dia juga berhak memegang status ikon kemasyarakatan.

Individu yang dimaksudkan ini siapa lagi jika bukan bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik.

Tiada kira peringkat umur, warna kulit mahupun atas nama agama, Chong Wei sekali lagi menujukkan nilai-nilai murni yang ada dalam dirinya apabila menghulurkan sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur.

Sikap terpuji Chong Wei itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi MAHSP yang turut disertakan tiga keping gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid berkenaan.

“Terima kasih Datuk Lee Chong Wei atas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala di kala suasana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini.

“Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.

“Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin,” demikian perkongsian status di Facebook MAHSP.

Laman sosial Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan turut berkongsi status tersebut sehingga mengundang respons positif dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: