'Beri peluang UMNO sertai kerajaan Kelantan'

Gambar kecil: Rusdi Omar
Gambar kecil: Rusdi Omar
A
A
A

KOTA BHARU - Tidak salah jika kepimpinan tertinggi kerajaan Kelantan turut melibatkan pemimpin UMNO bagi membuktikan Pas dan UMNO benar-benar menjayakan agenda Muafakat Nasional.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Rusdi Omar berkata, negeri lain sudah melakukan percampuran tersebut tetapi masih ada beberapa negeri yang belum melaksanakannya termasuk Kelantan.

Menurutnya, penglibatan itu penting bagi menunjukkan kesepakatan dalam Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional.

"Kalau tidak dilakukan penyokong dan rakyat hanya tahu kesepakatan itu hanya indah khabar dari rupa. Jangan takut untuk membuktikan kebersamaan tersebut kerana UMNO bukan jenis parti yang berdendam.

"Saya yakin banyak kelebihan UMNO jika mereka berada dalam kepimpinan kerajaan negeri. Idea, perancangan yang lebih baik mungkin akan dapat diterjemahkan sebaiknya. Mereka pernah jadi kerajaan dan akan sentiasa belajar daripada kesilapan," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Terdahulu, beliau mengulas mengenai kenyataan Penyelaras Liga Rakyat Demokratik Kelantan, Mohd Afiq Ayob yang mahu pemimpin UMNO Kelantan diberi peluang membarisi jawatan utama dalam kerajaan termasuk Timbalan Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan: