Ibu didakwa beri anak dadah hingga maut

Jennifer Pugliese didakwa sebabkan kematian anaknya pada Julai tahun lalu.
Jennifer Pugliese didakwa sebabkan kematian anaknya pada Julai tahun lalu.
A
A
A

WASHINGTON - Seorang ibu di Pennsylvania, Amerika Syarikat didakwa menyebabkan kematian anaknya selepas berkongsi dadah secara berlebihan hingga menyebabkan remaja itu mati pada tahun lalu.

Jennifer Pugliese, 49, didakwa atas tuduhan membunuh dan membahayakan kanak-kanak selepas anaknya ditemui meninggal dunia di rumah mereka di Swatara Township Julai tahun lalu.

Menurut laporan polis, remaja terbabit, Dean Pugliese, 15, meninggal dunia disebabkan keracunan heroin dan ketum.

Difahamkan, pasukan penyiasat menemui dadah jenis heroin di dalam sebuah bekas cermin mata berhampiran mayat remaja terbabit semasa membuat pemeriksaan selepas menerima panggilan kecemasan daripada wanita tersebut.

Jennifer kemudiannya didakwa memberi kenyataan yang tidak konsisten kepada detektif sebelum mengaku membawa anaknya bersama ketika membeli ketum dua hari sebelum kejadian.

Dia juga mengaku menghantar pesanan ringkas kepada anaknya mengenai cara-cara menggunakan ketum tersebut walaupun bungkusan dadah itu mempunyai label tidak sesuai untuk kegunaan bawah umur.

"Jika kematian itu adalah disebabkan ketum, maka saya akan bertanggungjawab. Masukkan saya ke penjara kerana saya layak untuk berada di situ," katanya.

Susulan daripada itu, keputusan ujian oleh ahli patologi menemukan dos heroin dan ketum yang tinggi di dalam badan mangsa. -Agensi

Artikel Berkaitan: