X

Kindly register in order to view this article
!

'Saya masih Ketua Srikandi Bersatu'- Rina Harun

Rina turut hadir ketika sidang media Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Menara Yayasan Selangor. -Foto:ROSLI TALIB
A
A

PETALING JAYA - ”Saya masih lagi Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” tegas Datuk Seri Rina Mohd Harun mengulas dakwaan yang tular mengatakan beliau akan keluar parti.

Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, berita yang tular di media sosial mengatakan beliau bersama beberapa lagi pemimpin parti itu akan meletak jawatan dan keluar daripada parti adalah tidak benar dan berharap ia dapat dihentikan.

“Srikandi akan terus berpegang teguh kepada perlembagaan parti dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya rasa penjelasan telah pun diberikan sejelas-jelasnya oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tentang apa yang berlaku di dalam parti ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada satu majlis di sini hari ini.

Beliau berharap, segala kemelut yang berlaku dalam parti itu ketika ini dapat diselesaikan segera kerana kerajaan ingin menumpukan untuk menangani masalah yang lebih besar iaitu wabak Covid-19 serta usaha menambah baik soal kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus