Muhyiddin pemangku Pengerusi Bersatu yang sah

RoS mengetahui peletakan jawatan serta-merta Dr Mahathir melalui surat bertarikh 24 Februari lalu.
RoS mengetahui peletakan jawatan serta-merta Dr Mahathir melalui surat bertarikh 24 Februari lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemangku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan tersebut adalah sah mengikut Perlembagaan parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara tersebut sememangnya tercatat dalam Perlembagaan Bersatu.

"Bermula daripada peletakan jawatan Pengerusi Bersatu oleh Dr Mahathir, memang adab orang Melayu kita cuba memujuk beliau dan Dr Mahathir sendiri tidak mengaku membuat keputusan tetapi memaklumkan supaya tunggulah.

"Pada masa yang sama beliau tidak mengaku nak ambil balik (jawatan Pengerusi Bersatu) tetapi suruh tunggu. Dalam keadaan tersebut parti perlu terus bergerak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di sini hari ini.

Menurutnya, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengetahui peletakan jawatan serta-merta Dr Mahathir melalui surat bertarikh 24 Februari lalu.

"Ia dikemukakan kepada Muhyiddin. Sehubungan itu, Presiden Bersatu berhak memangku jawatan Pengerusi parti sehingga pemilihan parti diadakan selaras dengan perlembagaan parti.

"Jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, presiden hendaklah memangku sehingga pemilihan berlangsung mengikut Fasal 13.3 dan mempunyai kuasa mengikut Fasal 12.3.3," katanya.

Katanya, status Dr Mahathir sekarang bukan lagi ahli Bersatu dan sepatutnya tidak perlu datang lagi ke Ibu Pejabat Bersatu.

Artikel Berkaitan:

"Jika nak datang juga, anda dialu-alukan tapi tidak bermakna anda ahli parti. Nak daftar kena minta izin dari masa ke masa.