Hampir 80 peratus warga asing positif Covid-19 tidak bergejala

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti hampir 80 peratus daripada individu bukan warganegara yang dikesan positif wabak koronavirus (Covid-19) tidak mempunyai gejala.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti hampir 80 peratus daripada individu bukan warganegara yang dikesan positif wabak koronavirus (Covid-19) tidak mempunyai gejala.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti hampir 80 peratus daripada individu bukan warganegara yang dikesan positif wabak koronavirus (Covid-19) tidak mempunyai gejala.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, inisiatif yang diambil adalah dengan melakukan saringan terhadap mereka.

"Kita tidak kumpulkan semua individu bukan warganegara dan (kategorikan) secara kumpulan besar sebaliknya mereka diletakkan mengikut kluster.

"Namun setakat ini kita boleh katakan hampir 80 peratus daripadanya tidak bergejala," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya peratusan bukan warganegara yang dikesan positif Covid-19 tidak mempunyai gejala.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kluster baharu melibatkan pekerja syarikat pembersihan yang didapati positif tersebut mendapati 100 peratus tidak mempunyai gejala.

"Jadi yang ini adalah satu tindakan yang baik untuk majikan melaksanakan inisiatif untuk menyaring pekerja-pekerja mereka dan ini dapat kita kesan (kes positif)," katanya.

Artikel Berkaitan: