JPJ buka sektor latihan, pengujian pemandu 1 Jun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan membuka semula sektor Latihan dan Pengujian Pemandu berkuat kuasa 1 Jun ini.

JPJ dalam kenyataan hari ini berkata, pengoperasian institut memandu dan proses melesenkan pemandu oleh JPJ akan dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan waktu operasinya bermula 8 pagi sehingga 4 petang.

“Perkhidmatan yang dibenarkan merangkumi perkhidmatan latihan pemanduan kurikulum pendidikan pemandu, perkhidmatan praujian pemanduan, perkhidmatan ujian teori dan praktikal (litar dan jalan raya) serta perkhidmatan ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian yang diiktiraf JPJ,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, orang ramai diminta mematuhi segala arahan yang dikeluarkan dengan mengamalkan kelaziman baharu mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. -Bernama

Artikel Berkaitan: