Guna meriam buluh halang orang luar masuk kampung

Penduduk Magetan meletakkan meriam buluh di laluan utama masuk ke kampung mereka. - Foto Kompas
Penduduk Magetan meletakkan meriam buluh di laluan utama masuk ke kampung mereka. - Foto Kompas
A
A
A

JAWA - Sekumpulan pemuda di Magetan, Jawa Timur meletakkan meriam buluh di pintu masuk kampung untuk menghalang orang luar memasuki kampung mereka bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Lapor Kompas, Ketua Kampung Ringin Agung Suparno mengatakan, video tular di laman sosial hanya sebahagian daripada inisiatif penduduk kampung untuk melarang orang luar datang ke kampung terutama ketika sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun Suparno memberitahu, bermain meriam buluh adalah menjadi tradisi penduduk Ringin Agung.

"Masyarakat menyalakan meriam buluh ketika memasuki bulan Ramadan hingga tujuh hari selepas Aidilfitri.

"Setiap petang, puluhan pemuda akan menyalakan meriam buluh sebelum berbuka puasa," katanya.

Jelasnya, kawasan kampung berada di pinggir sawah dan tidak mengganggu kegiatan penduduk lain.

Menurutnya, tradisi perang meriam buluh telah dilakukan sejak beberapa dekad yang lalu.

"Sebelum ini, guna mercun. Jadi tahun ini kami cipta kelainan mencipta meriam buluh selain menjadi hiburan," tambahnya.

Artikel Berkaitan: