Keluarga mengamuk mahu bawa pulang mayat pesakit Covid-19

Paparan video petugas perubatan berada di bilik mayat di hospital tersebut. - Foto Detik News
Paparan video petugas perubatan berada di bilik mayat di hospital tersebut. - Foto Detik News
A
A
A

MAKASSAR - Satu rakaman menunjukkan sebuah keluarga mengamuk dan bergaduh dengan petugas barisan hadapan sehingga mendapat kecaman masyarakat.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah hospital swasta di Makassar, Sulawesi Selatan, lapor Detik News.

Melalui rakaman itu, dua wanita bertengkar dengan tiga petugas yang memakai pakaian perlindungan diri ketika di bilik jenazah.

Sementara itu, seorang individu dipercayai anak wanita itu meminta petugas memberi masa untuk mereka menunggu adik-beradik yang belum datang ke hospital sebelum membawa jenazah bapanya ke upacara pengebumian.

Bagaimanapun permintaan keluarga itu tidak dibenarkan oleh petugas perubatan malah menolak untuk mereka membawa jenazah ke rumah.

Rakaman turut menunjukkan petugas berusaha menarik tangan keluarga mangsa keluar dari bilik mayat

Dalam pada itu, pegawai perhubungan awam Hospital Siloam Amelia mengesahkan kejadian itu.

"Kami mempunyai protokol yang perlu dipatuhi, terutama melibatkan pesakit yang meninggal dunia kerana Covid-19. Jadi pasukan petugas perlu melakukan tugas dengan baik bagi mengelak penularan wabak Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan: