Pelajar direman kes kemalangan maut anggota ATM

Seorang pelajar direman tiga hari di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, hari ini.
Seorang pelajar direman tiga hari di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, hari ini.
A
A
A

HULU SELANGOR – Seorang pelajar direman bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kilometer 8 Jalan Sungai Choh - Bukit Beruntung di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Arsad Kamaruddin berkata, lelaki berusia 22 tahun itu direman tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad ini.

“Lelaki tersebut direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan maut itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Kemalangan pada jam 6.10 pagi itu berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Jamilul Firdaus, 34, yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari Bukit Sentosa ke tempat kerjanya di Markas Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Bukit Hagate Jalan Padang Tembak, Keramat, Kuala Lumpur.

Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipandu seorang pelajar telah hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi mangsa.

Mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu tidak mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan: